KRONOLOGI HIJRAH NABI

 

KONTENISLAM.COM - Oleh: Ustaz Muhammad Luqman Makhtar


Garisan merah adalah jalur umum kafilah dari dua tempat ini (Makkah-Madinah). 


Garisan biru adalah jalur baru yang Nabi rintis sendiri saat hijrah ke Madinah untuk menghindar dari kejaran. 


Teliti dan bandingkan. Ini belum tengok rupa bentuk muka bumi sebenar laluan yang direntasi Nabi. Amat sukar!


Mari kita ulang kaji sedikit lagi tentang hijrah Nabi.


----------------


Kronologi Hijrah Nabi


Tahun ke-14 kerasulan.


27 Safar, 

- Jumat. Nabi mula keluar dari rumah untuk berhijrah. 


27-30 Safar.

- Jumat hingga Ahad. Nabi bersembunyi di gua Tsur.


1 Rabiulawal.

-Senin. Nabi mula bergerak ke Madinah.


8 Rabiulawal.

- Senin. Nabi tiba di Quba'. Rehat beberapa hari di sini. Nabi membangun masjid pertama (Masjid Quba).


12 Rabiulawal.

- Jumat. Nabi teruskan perjalanan. Tiba di perkampungan Bani Najjar Madinah. Di sini Nabi menetap.


(Sumber: Kitab Al-Rahiq al-Makhtum)


Mungkin ada yang salah sangka: Nabi bukan berhijrah pada bulan Muharam ya. 

Muharam hanya ditetapkan sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah sebagaimana Januari bagi kalendar masihi.

----------------


SEMASA BERHIJRAH


1.

Malam

11 orang Makkah sendiri menyepung rumah Nabi senyap-senyap untuk membunuh Baginda namun gagal. Pada malam itu jugalah Nabi keluar rumah untuk berhijrah. 


2.

Abu Bakar 

Nabi terus ke rumah Abu Bakar. Pada malam itu juga mereka berdua keluar dari Makkah. Isteri dan anak-anak terpaksa ditinggalkan. 


3.

Gua Tsur

Pada malam itu juga Nabi dan Abu Bakar mendaki ke puncak Bukit Tsur untuk menyembunyikan diri di dalam sebuah gua. Bukit Tsur berbatu-batu sukar didaki, berketinggian 728 meter dengan masa pendakian sejam lebih. 


4.

3 hari

Selama tiga hari Nabi dan Abu Bakar tinggal di dalam gua. Sepanjang tempoh itu puak Quraisy ke sana ke sini menjejaki. Mereka kebingungan. Selepas operasi pencarian reda, baru Nabi keluar untuk meneruskan hijrah.


5.

8 hari, 380 kilometer

Tempoh dan jarak perjalanan Nabi dari gua Tsur hingga sampai di Quba'. Nabi tidak ikut laluan biasa sebaliknya laluan sukar dan jauh untuk elak dikesan.


6.

Qaswa'

Nama unta tunggangan Nabi dalam hijrah. Asalnya Abu Bakar hadiahkan namun Nabi berkeras untuk membayarnya juga. Banyak jasa Qaswa' kepada Nabi. Qaswa' mati tiga bulan selepas Nabi wafat. 


----------------


SEBELUM BERHIJRAH


1.

13 tahun

Nabi menyampaikan Islam di Makkah. Ramai golongan marhaen mengikuti Nabi namun kebanyakan golongan pemimpin masyarakat menentang keras. 


2.

Ditindas

Nabi dan umat Islam ditindas habis-habisan. Ada yang terbunuh dan ramai yang diseksa. Lebih 10 tahun mereka bersabar. Bagaimanapun kemuncaknya, pemimpin-pemimpin Quraisy sepakat hendak membunuh Nabi!


Pada malam mereka melancarkan operasi membunuh Nabi, malam itu juga Nabi berhijrah.


(*)

Ikuti kami di channel Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaMoaxz2ZjCvmxyaXn3a | 

Ikuti kami di channel Telegram : https://t.me/kontenislam


Download Konten Islam Di PlayStore https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cleova.android.kontenislam

Ikuti Kami Di Goole News : Google News Konten Islam

close