Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani, Ulama Ahli Hadits dan Komandan Militer Senior Hamas

Daftar Isi
Image

[KONTENISLAM.COM]  Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan saja seorang mujahid di bumi Palestina, bahkan seorang alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Hamas. Beliau salah satu komandan militer senior Hamas.

Ketika masa hidupnya, di samping sibuk dengan urusan jihad, beliau juga sibuk berkhidmat kepada Ilmu Hadits, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:

1. Al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.

2. As-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.

3. Al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.

4. Al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.

5. As-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.

Sheikh Nizar Rayyan ketika mendekam di penjara Zionis, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut.
Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, yaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga (ribath) di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.

Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan).

Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:

Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhad.

Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.

Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini dengan kesyahidan.

Sheikh Nizar Rayyan syahid pada sebuah serangan Angkatan Udara Israel pada 1 Januari 2009. Sebuah bom seberat 1 ton dijatuhkan di atas rumah Sheikh Nizar Rayan, serangan ini bukan hanya menewaskan Rayan, tetapi juga empat orang istri dan sebelas anaknya.

Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di surga.

Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.

(Muhammad Azam Ashman)

*Sumber tambahan: https://id.wikipedia.org/wiki/Nizar_Rayan

Ikuti kami di channel Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VaMoaxz2ZjCvmxyaXn3a | 

Ikuti kami di channel Telegram : https://t.me/kontenislam


Download Konten Islam Di PlayStore https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cleova.android.kontenislam

Ikuti Kami Di Goole News : Google News Konten Islam

close